Ahad, 11 September 2011

WASIATKU

                                                       السلام عليكم ورحمة الله وباركاته        
بسم الله الرَحمن الرحيم

WAHAI KELUARGA DAN JEMAAHKU JADIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI RUJUKAN ASAS DALAM PENGURUSAN JENAZAHKU

  • Jika aku sedang nazak, bisikanlah ditelingaku kalimmah لا إله إلا الله  agar kalimah tersebut menjadi perkataan terakhirku.
  • Segerakan urusan jenazahku berlandaskan petunjuk Muhammad sallallahu alaihi wasaallam.
  • Sambutlah berita kematianku, dengan doa agar aku dia diampuni dan dirahmati ALLAH. Usahlah meratapi kematianku.
  • Usah dilewatkan pengebumianku semata-mata untuk menuggu seseorang kerana inilah saranan Rasul junjungan.
  • Kebumikan aku di tanah perkuburan yang paling hampir dengan tempat kematianku agar jenazahku dapat diusung dan tidak dibawa dengan sebarang kenderaan.
  • Kuburkan aku di perkuburan yang duyakini tidak akan ada pembongkaran.
  • Aku tidak benarkan sebarang binaan diatas kuburku. Biarlahsekadar sebiji batu yang memberi tanda kubur agar ia tidak dibongkar.
  • Aku tidak benarkan kuburku ditanam dengan pohon-pohon, ditabur bunga, atau disirami air. Sesungguhnya tiadalah yang menemaniku kecuali amalanku, sedekah jariahku dan anak-anak yang soleh.
  • Usahlah membaca Al-Quran diatas kuburku dan janganlah solat di kuburku.
  • Usahla mengadakan sebarang jamuan sempena kematianku dengan amalan-amalan majlis tahlil dan yasin. Sentiasala ingati daku dalam doa kalian.
  • Segala hutang piutangku hendaklah diselesaikan secepat mungkin.
  • Segerakan pembahagianharta pusaka yang aku tinggalkan. Lakukan pembahagian itu berdasarkan faraidh yang ditentukan ALLAH dan Rasul-Nya..

IKHLAS DARI: HAZIM FAIZ SAID AL-HAFIZ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan