Jumaat, 23 September 2011

Busana Muslimah: Dimana Islamnya??


Pentakrifan

"...Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang2 Jahiliyah dahulu..." (al-Ahzab:33)


Sejauh mnakah pakaian itu boleh diterima sebagai Busana Muslimah?

Bagaimana dengan batas2 Aurat?

Bagaimana dengan sifat sederhana dan MALU yg menjadi tunjang ekspresi diri pada pakaian itu?


Perkembangan semasa memperlihatkan apa yg dilebalkan sebagai Busana Muslimah itu, bukan lagi sekadar Tabarruj Jahiliah malah sudah menjadi al-kaasiaat al-'aariyaat seperti yg diungkapkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam yng ber maksud SEPARUH TELANJANG, atau BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu beliau berkata, Rasulullahi sallallahu alaihi wasallam bersbda: "Dua kelompok daripada penhunu
Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku) : Kaum yg memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggul rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yg sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh dicium dari jarak begini dan begini.
(HR. Muslim)


Fesyen yg membiarkan leher keluar, telingan keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yg rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, semua itu diterima sebagai sebahagian daripada kriteria BUSANA MUSLIMAH. Malah sekarang kite meyaksikan berleluasanya pemakaian tudung dengan bonggol yang sangat menonjol di bahagian atas kepala, sama ada oleh rambut sendiri yang panjang, atau dengan sanggul palsu yang dijual di kedai HIJAB?


Dimanakah Islamnya??

Pakaian ini diberikan kpd artis2 yg mungkin di hatinya memang mahu membuat perubahan diri. Saya tidak berada di posisi untuk menilai niat dihati sesama insan. Tetapi niat yg baik itu ditemukan dengan solusi yang sangt jauh daripada islam. Apatah lagi, dgn status pemakaiannya sebagai ikon masyarakat (jika masih mengikonkan artis), ia menjadi ikutan. Lalu berleluasalah segalanya.


Jika kalian yg tidak pernah bertudung, mula betudung dengan fesyen sebegini, mungkin sukar untuk menghayati perubahannya. Namun bagi kalian yang dahulunya berpakaian secara sederhana tetapi mula memperagakan fesyen seperti ini, tanyalah secara jujur ke dalam hati, adakah kalian semakin malu dihadapan Allah atau semakin berani dan bijak mencipta jutifikasi baru?

Islamm menyediakan ruang yg secukupnya untuk seorang wanita Muslimah dan lelaki Muslim yg belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapimenyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yg sangt bercanggah dengan islam ini, adalah suatu kesesiaan yang mengundang penyesalan.

BEBAS

"inilah kata2 orang agama. Semua salah" ulasan yang muncul.

"Semua perbuatan orang perempuanmahu dikawalnya" tegas seorang yg lain.

Sesungguhnya kata2 seperti itu sangt jauh dari kalam terbitan IMAN.

Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yg tidak pernah berakhir itu.

Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan lagi menguntungkan.

Jika demikianlah kemon2 yg timbul takkala saranan ini datang, ketahuilah anda sememangnya bebas berpakaian sesuka hati anda dan kita tidak akan menggangu kebebasan individu yang dibanggakan itu. Namun sebaik sahaja pakaian buruk itu kalia nisbahkan kepada islam, kami bangkit menentangnya.

Kami cemburu dengan agama kami.

BUSANA MUSLIMAH yg tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.

"Dan tidaklah harus bagi orang2 yg beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesutau perkara (tdaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yg tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. (Al-Ahzaab:36)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan