Jumaat, 7 Oktober 2011

Wanita Solehah Adalah Satu Anugerah Yang Berharga

           Tidak diragukan lagi, memilih pasangan hidup secara tepat merupakan jalan menuju kebahagiaan.

           Dalam musnad Imam Ahmad rahimahullah diriwayatkan dari Sa'ad bin Abi Waqqash radhiyallahu anhu, ia berkata. Rasulullahi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

" Tiga perkara yang termasuk kebahagiaan seoarang bani Adam dan tiga perkara yang termasuk kemalangaannya. Termasuk tiga perkara kebahagiaan seoarang bani Adam adalah memiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik. Termasuk tiga kemalangan seorang bani Adam adalah isteri yang buruk, tempat tinggal yang buruk dan kenderaan yang buruk." (HR. Al-Hakim)

          Dalam Shahih Muslim dari hadist Abdullah bin 'Amru radiyallahu anhu bahawasanya Rasulullah sallallahi alaihi wasallam bersabda

"Dunia adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita solehah."

          Wanita solehah pada masa sekarang ini dan dalam setiap masa adalah anugerah berharga yang harus kita cari sungguh-sungguh sampai dapat.
          Abu Daud radiyallahu anhu telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas radiyallahu anhu bahwa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berkata kepada Umar radiyllahu anhu:

"Maukah kamu aku beritahu anugerah terbaik yang diusahakan olaeh seseoarang? Yaitu isteri solehah, apabila si suami melihatnya niscaya ia akan membuatnya senang, dan apabila si suami menyuruhnya niscaya ia akan mentaatinya, dan apabila ia sedang berpergiaan niscaya ia akan menjaga dirinya dan hartanya."
      Dalam riwayat di Shahih Al-jami' berbunyi:

"Hati yang sentiasa bersyukur, lisan yang selalu berzikir dan isteri solehah yang selalu membantumu dalam melaksanakan urusan dunia dan agamamu adalah sebaik-baik anugerah yang didapati oleh manusia."

       Apabila Allah subhanahu wata'ala anugerah kepadamu niscaya engkau telah memperoleh satu kenikmatan yang berharga...wallahu a'lam.
      Kami memohon pada Allah agar sentiasa memberkahimu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan